TOPIK 1: MENGURUS PEMBELAJARAN
MERANCANG
- Merancang objektif
pelajaran berdasarkan
sukatan pelajaran, pengetahuan sedia ada
murid.
- Merancang pemeringkatan
isi pelajaran.
- Merancang strategi dan
kaedah
pengajaran.
- Merancang aktiviti
pengajaran dan
pembelajaran.
- Merancang bahan-bahan
pengajaran
- Merancang aktiviti
kumpulan
- Merancang kemudahan dan
susunan
fizikal bilik darjah.
- Merancang aktiviti
penilaian
|
MENGURUS
- Mengurus rutin bilik
darjah
- Mengurus aktiviti murid
- Mengurus bahan-bahan
pelajaran.
- Mengurus disiplin bilik
darjah
- Mengurus aktiviti kumpulan
- Mengurus kaedah fizikal
dan kemudahan.
- Mengurus aktiviti
penilaian
|
MENGARAH
- Mengarah murid menjawab soalan guru
- Mengarah murid mendengar
Membaca, mengira dan menulis.
- Mengarah murid-murid membentuk
kumpulan masing-masing
- Mengarah murid menguruskan tugas
harian
bilik darjah
- Mengarah murid menjalankan aktiviti
pembelajaran
- Mengarah murid mematuhi disiplin bilik
darjah
dan sebagainya.
|
MENGAWAL
- Mengawal peraturan-peraturan bilik
darjah
- Mengawal aktiviti kumpulan.
- Mengawal murid bermasalah peribadi
- Memastikan masalah disiplin tidak timbul
- Pengajaran dan pembelajaran boleh
dijalankan tanpa gangguan.
|
GAYA
PEMBELAJARAN
________________________________
1.
Gaya pembelajaran visual
2. Gaya Pembelajaran auditori
3. Gaya kepimpinan kinestetik
Dalam topik ini membincangkan tentang pembelajaran abad ke-21 iaitu
terdiri daripada komunikasi, kolaborasi, kreativiti dan juga berfikiran kritis.
Topik ini turut membincangkan mengenai peranan guru dalam mengurus pembelajaran
semasa di dalam kelas. Antara peranan guru dalam pengurusan pembelajaran ialah
sebagai pembimbing kepada pelajar iaitu guru menjadi fasilitator kepda murid
dalam membantu meningkatkan prestasi murid dalam pembelajaran melalui
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Selain itu, guru juga berperana
dalam menjadi perancang pembelajaran. Dalam hal ini, guru perlulah merancang
pembelajaran dengan sistematik sebelum memasuki kelas dan memulakan
pembelajaran. Guru juga perlulah mewujudkan sifat ingin tahu dalam diri pelajar
agar pelajar sentiasa berusaha untuk mencari jawapan terhadap soalan yang
diberikan oleh guru.
Dalam topik ini juga membincangkan berkaitan cara-cara
menguruskan pembelajaran dalam pengajaran iaitu guru perlulah menyediakan
pelbagai kaedah yang merangsang pembelajaran murid. selain itu, guru juga
haruslah menjalankan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar. Pengajaran di
luar bilik darjah juga dikatakan merupakan kaedah yang menarik minat dan
tumpuan pelajar. Hal ini disebabkan oleh suasana yang selasa dan kondusif selain
mengalakkan murid untuk berfikir dengan lebih kreatif.
Guru juga memainkan
peranan dalam pengurusan masa yang berkesan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Dalam situasi ini, guru mestilah menjalankan sesi pdpc dan juga aktiviti-akviti
dalam masa yang telah diperuntukkan dan dirancang sesuai dengan yang terkandung
dalam Rancangan Pengajaran Harian. Selain itu pengurusan masa juga membantu
seorang guru untuk mencapai objektif dan hasil pembelajaran.
Bibliography
Khairul, B. A. (n.d.).
e-SOLMs : Kajian tentang pembelajaran terarah melalui sistem pengurusan
pembelajaran berorientasikan pelajar. 1-12.
No comments:
Post a Comment