RUMUSAN
Guru
yang berwibawa sentiasa berfikir kaedah bagi mencapai pengurusan bilik darjah
yang cemerlang, diantara perkara utama yang harus dipandang berat ialah
memahami amanah yang diberikan padanya dalam kerjayanya sebagai pendidik. Tugas
guru bukan sahaja mendidik malahan lebih daripada itu sekiranya matlamat utama
yang ingin dicapainya adalah melahirkan modal insan yang berkualiti dan berjaya
didunia dan akhirat
Guru
juga seharusnya mengetahui semua perkara dan aktiviti yang berlaku di dalam
bilik darjah kerana ia nya akan membantu guru bagi menyelesaikan apa-apa masalah
yang berlaku di dalam bilik darjah. Dalam mendidik pelajar guru pula perlu
mengamalkan komunikasi yang baik sebagai contoh , memberi nasihat dengan nada
yang lembut serta tidak bercakap kasar sekiranya pelajar membuat kesalahan. Hal
ini kerana komunikasi merupakan proses penyampaian sama ada lisan atau bertulis
. Proses komunikasi berlaku daripada pengalaman dan persefahaman yang wujud
antara mereka.
Persekitaran
bilik darjah sangat penting kerana ia nya mendorong bagaimana proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku. Suasana bilik darjah yang harmoni membantu
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran kea rah yang lebih bermakna.
Pengurusan bilik darjah pula akan menjadi semakin baik apabila sistem
penyeliaan diurus dengan berkesan. Para pelajar akan diagihkan tugas dalam
mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan-bahan
pembelajaran. Tugasan akan diberikan kepada para pelajar bermula pada setiap
awal tahun iaitu permulaan hari persekolahan.
Seterusnya,
kemahiran guru untuk menguruskan bilik darjah adalah untuk mewujudkan aktiviti
pembelajaran yang selesa, motivasi diri yang tinggi dan ransangan minda yang
positif kepada para pelajar. Hal ini kerana keselesaan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah adalah
bermula dengan suasana persekitaran bilik darjah seperti perabot contohnya
meja, kerusi, penyapu, papan putih dan perhiasan di dalam kelas. Malah, susun
atur perabot di dalam bilik darjah adalah berkonsepkan blik darjah abad ke-21.
Bilik darjah bukan sahaja merupakan ruang khas untuk pembelajaran tatapi dapat
juga memberikan pelbagai sumber ilmu seperti dengan adanya sudut bacaan di
belakang bahagian kelas dan hasil kerja yang ditampal di papan kenyataan.
Kesimpulannya,
tugas guru bukan semata-mata hanya untuk mendidik malahan matlamat utama yang
perlu dicapai adalah melahirkan modal insan yang berkualiti dan Berjaya di
kemudian hari. Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas serta peka
terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurus atasan suapaya tidak
berlaku pembaziran waktu disebabkan berlakunya pemantauan yang efektif.
Pengurusan bilik darjah yang baik juga membina satu hubungan yang baik diantara
guru dan pelajar. Oleh itu, semua guru
dan bakal guru haruslah menitikberatkan apa yang berkaitan dengan pengurusan
bilik darjah dari segala aspek agar matlamat dan objektif pendidikan dapat
dicapai
RUJUKAN
No comments:
Post a Comment