RUMUSAN
Topik ini menyentuh mengenai
kepelbagaian budaya dalam kalangan murid. Murid ynag berbeza budaya memerlukan
pengurusan yang baik untuk menguruskannya. Pelbagai aspek yang perlu
dititikberatkan seperti kelas kehidupan, agama, jantina, Bahasa, umur,
kenegerian dan lain – lain lagi sebelum pengurusan pelbagai budaya dijalankan. Pengurusan merentasi
budaya ini juga
merangkumi pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya iaitu
yang melibatkan aspek fizikal bilik darjah, dan sudut-sudut pembelajaran dan
bacaan.
Terdapat beberapa jenis budaya di sekolah. Antaranya
ialah budaya belajar secara berkumpulan, budaya berinteraksi sesama kaum,
budaya tolong – menolong, budaya tingkah laku pelajar, budaya bertanya di dalam
kelas dan budaya membaca. Budaya belajar secara berkumpulan merupakan budaya
yang memberikan pelajar berkomunikasi dan memberi pendapat masing – masing di
dalam kumpulan. Budaya berinteraksi sesama kaum menunjukkan mereka berkomunikasi dengan rakan yang berlainan kaum dengan menggunakan Bahasa dan loghart
yang mudah difahami oleh semua orang.
Selain
itu, budaya tolong – menolong berlaku apabila pelajar melakukan kerja secara
sukarela
sebelum pembelajaran di dalam kelas bermula. Budaya
tingkah laku pelajar dapat dilihat apabila pelajar Islam membaca doa
sebelum belajar manakala pelajar bukan
Islam akan bertafakur dan membaca doa mereka di dalam hati. Hal ini menunjukkan
sikap pelajar yang saling menghormati agama masing – masing. Disamping itu,
budaya bertanya di dalam kelas menunjukkan bahawa pelajar lebih cenderung untuk
bertanya sesuatu ketidakpastian dan tidak faham kepada guru semasa sesi
pembelajaran dan pengajaran. Akhir sekali, budaya membaca dilakukan untuk meningkatkan literasi
tetapi untuk mendapatkan pemahaman dari apa yang telah dibaca sebelum guru
menerangkannya.
Selain
itu, peranan guru juga diperlukan sebagai ‘Physical Environment Designer’. Tambahan
pula kurikulum mata pelajaran yang diajar, penerapan nilai murni dan program Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan turut terlibat. Isu kepelbagaian budaya murid seperti
bahasa melayu sebagai bahasa pengantar, masyarakat majmuk, penyatuan jati diri Malaysia,
belia generasi negara,
dan sekolah wawasan
menjadi isu dalam
pengurusan pelbagai budaya ini yang perlu diambil kira oleh semua bakal
guru.
Kesimpulannya, pengurusan pelbagai budaya penting dalam
mewujudkan suasana harmoni di sekolah serta pelajar dapat mengamalkan budaya
yang positif dalam kehidupan seharian di dalam serta di luar sekolah.
RUJUKAN
No comments:
Post a Comment