TOPIK 7: STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH
RUMUSAN
Strategi pengurusan bilik pembelajaran adalah
berkait rapat dengan tiga aspek penting seperti unsur fizikal, interaksi dan
iklim bilik darjah. Peranan dan tugas guru dalam mengurus bilik darjah semakin
mencabar dan sangat penting. Seorang guru bertindak sebagai pengurus bilik
pembeljaran efektif akan berusaha mempertingkatkan serta melengkapkan diri
dengan pelbagai ilmu pengurusan yang berguna agar dapat menerajui bilik
pembelajaran yang dipertanggungjawab ke atas mereka.
Pihak sekolah perlu merancang strategi
pegurusan bilik pembelajran mereka mengikut abad ke 21. Pembelajaran abad ke 21
bermaksud proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ynag berpusatkan
murid dan bukannya guru semata-mata. Susunan meja pelajar perlulah berkelompok
dan berkumpulandan bagi susun atur meja guru pula, meja gurudiletakkan pada
bahagian depan meja pelajar sama ada terletak di bahagian tepi atau tengah
kelas. Melalui strategi pengurusan bilik pembelajaran mengikut abad ke 21 para
prlajar dapat berkongsi pendapat dan pandangan mereka mengenai sesuatu bab
dalam pembelajaran yang sedang dibincangkan di dalam kelas.
Selain itu, ilmu yang perlu diterapkan dalam
diri seseorang guru itu adalah ilmu
pengurusan bilik darjah, ilmu interaksi yang berkesan, ilmu pengurusan
bilik darjah, ilmu pengurusan iklim
bilik darjah, dan ilmu pembelajaran dan pengajaran. Kesemua aspek ini perlu dikuasai oleh seseorang guru sewaktu
mengajar di dalam bilik darjah. Kemahiran juga diperlukan untuk mengurus bilik
darjah. Kemahiran pengurusan sumber fizikal, bahan mengajar, pengurusan
kaunseling, kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran pengurusan sumber manusia. Strategi yang
berkesan juga diperlukan sewaktu mengurus bilik darjah. Antara strateginya
adalah seperti perancangan murid, perancangan bilik darjah, wujudkan suasana
kondusif, dan menyampaikan pengajaran dengan menggunakan teknologi terkini.
Pihak sekolah juga perlu merangka strategi
pengurusan bilik pembelajaran iaitu pengursan iklim bilik pembelajaran yang
positif. Guru haruslah mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan cara
penyampaian di dalam bilik pembelajaran supaya para pelajar lebih tertarik
untuk belajar di dalam kelas. Oleh itu, suasana yang ceria dan harmoni juga
penting diwujudkan dalam suasana proses pengajaran dan pembelajaran.
Pihak sekolah, para guru dan pelajar haruslah
saling bekerjasama untuk memastikan
strategi mengurus bilik pembelajarab dapat berjalan dengan lancar dan teratur.
Bilik pembelajaran yang tersusun dengan atur dapat menignkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Malah aktiviti di dalam bilik pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lebih mudah dan berkesan dan memberi manfaat kepada guru
dan para pelajar.
No comments:
Post a Comment