TOPIK 6: PENGURUSAN SUMBER
RUMUSAN
Pengurusan sumber merupakan aspek penting dalam
pengurusan pembelajaran. Pengurusan sumber amat penting kerana merupakan salah
satu bantuan dalam sistem pembelajaran. Hal ini kerana melalui pengurusan sumber para
pelajar dapat menggunakan rujukan yang diberikan oleh guru dengan sebaik
mungkin. Oleh itu, pengurusan sumber dapat membantu guru memilih dan
mendapatkan bahan-bahan yang sesuai dan berkesan untuk pengajaran.
Murid digalakkkan untuk mendapatkan maklumat
dari pelbagai sumber. Sebagai contohnya jurnal, suratkhabar, multi-media, laman
web komuniti dan masyarakat. Malah, dengan adanya ppengurusan sumber para murid
boleh mendapatkan maklumat secara kendiri. Selain itu, guru juga sebagai
pembimbing dalam proses pembelajaran dengan menyediakan bahan-bahan rujukan
untuk diagihkan kepada para pelajar.
Pusat sumber merupakan antara proses
pembelajaran berasaskan sumber yang menggalakkan. Pusat sumber memainkan
peranan yang sangat besar dalam memastikan konsep pembelajaran berasaskan
sumber menjadi satu rujukan kepada semua warga sekolah dan masyarakat setempat.
Kesedaran tentang kepentingan menambahkan maklumat di dalam pusat sumber perlu
wujud di dalam kalangan pentadbiran awam untuk membangunkan pusat sumber bagi
menggalakkan dan meningkatkan proses pembelajaran berasaskan sumber sdi
sekolah. Justeru itu, sangat penting
untuk pihak sekolah meyediakan maklumat yang mencukupi dan terkini bagi memudahkan
maklumat tersebut menjadi rujukan para murid.
Bahan-bahan pengajaran perlu disesuaikan oleh
guru mengikut objektif pembelajaran agar dapat diaplikasikan oleh para pelajar.
Guru berperanan untuk menentukan tajuk dan isi kandungan yang akan diajar di
dalam kelas. Langkah seterusnya adalah menentukan objektif pembelajaran yang
harus dicapai pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan pembelajaran
yang digunakan perlulah bersesuaian dengan tahap kebolehan dan penguasaan para
pelajar.
Selain itu, dengan adanya pengurusan sumber
maklumat yang tepat dan cepat dapat membantu guru dan para pelajar untuk
membuat keputusan menyelesaikan masalah dan malumat dapat diperolehi dengan
mudah. Maklumat yang diperolehi dengan kadar yang cepat dan tepat akan
membolehkan guru dan pelajar memperoleh pengetahuan yang bermanfaat. Oleh itu,
maklumat yang lengkap dan tersusun dapat membantu dan menjimatkan masa untuk
pengguna membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.
No comments:
Post a Comment