TOPIK 8: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN














RUMUSAN
Pengurusan tingkah laku di sekolah merupakan satu elemen yang penting dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan di sekolah. Tingkah laku seseorang kebiasaanya boleh dipengaruhi dan akan menjadi kebiasaan individu tersebut sekiranya diamalkan untuk sesuatu tempoh. Tingkah laku terbahagi kepada dua kompenan iaitu kompenan tingkah laku negatif dan tingkah laku positif. Tingkah laku negatif adalah tingkah laku yang mampu memberi masalah dan menggangu proses pembelajaran di dalam kelas. Manakala tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik membantu perkembangan seseorang kerana tingkah laku ini dapat meningkatkan semangat untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebahagian besar pelajar  berpendapat disiplin sekolah amat penting untuk menjamin kesejahteraan pelajar, guru dan sekolah bahkan mereka bersetuju bahawa penerangan mengenai peraturan sekolah telah disebarkan secara terperinci kepada pelajar. Majoriti pelajar juga berpendapat peraturan sekolah yang sedia ada perlu diubah suai mengikut peredaran semasa tetapi ada juga pelajar yang berpendapat peraturan yang ditetapkan di sekolah adalah sesuai dan tidak mengongkong. Kebanyakan pelajar tidak bersetuju bahawa membentuk disiplin secara paksaan adalah lebih  berkesan kepada pelajar sekolah kerana pelajar akan memberontak jika mereka dwipaksa melakukan perkara yang mereka tidak suka.
Selain itu, ramai pelajar bersetuju bahawa hanya orang yang berdisiplin sahaja boleh  berjaya dan sebab itulah pelajar sentiasa berusaha mematuhi peraturan sekolah walaupun  peraturan itu tidak rasional. Majoriti pelajar bersetuju bahawa kesedaran diri pelajar itu sendiri lebih baik dalam membentuk disiplin yang berkesan. Oleh kerana itu, ramai pelajar yang tidak bersetuju memakai pakaian menutup aurat kerana terpaksa mematuhi peraturan sekolah. Dengan wujudnya kesedaran diri sendiri berbantukan keimanan yang jitu dalam diri  pelajar dapat mendorong mereka mematuhi disiplin yang ditetapkan dengan kerelaan diri sendiri.
Pengurusan tingkah laku yang baik dapat membantu mengatasi dan mengurangkan kewujudan tingkah laku yang berlaku kepada pelajar. Antara faktor yang mempengaruhi tingkah laku  pelajar ialah faktor rakan sebaya, keluarga, agama, perkauman, teknologi dan kesedaran pelajar itu sendiri. Faktor-faktor yang pelbagai ini boleh menjadi sokongan terhadap perubahan tingkah laku ke arah yang lebih baik dan boleh menjadi punca kewujudan tingkah laku bermasalah dalam kalangan pelajar. Para guru perlu memainkan peranan yang amat penting dalam membantu pelajar membentuk tingkah laku yang baik, positif dan dapat diterima oleh masyarakat. Ibu bapa , guru dan masyarakat juga perlu bergabung tenaga secara bersepadu agar masalah tingkah remaja yang masih bersekolah dapat dibentuk dari awal lagi.
Pengurusan tingkah laku yang baik dan sistematik sangat penting untuk menangani tingkah laku pelajar yang negatif. Faktor-faktor yang menyebabkan pelajar terpengaruh dengan tingkah laku yang negatif perlu dikenalpasti dan seterusnya diselesaikan dengan langkah-langkah pencegahab yang perlu diambil serius oleh setiap pihak dan tidak hanya berharap kepada sesetenggah pihak sahaja. Hal ini kerana remaja merupakan tunjang utama dalam pembangunan dan pendidikan Negara kita Malaysia.








No comments:

Post a Comment