RUMUSAN
Topik
ini akan menerangkan mengenai pengurusan murid iaitu memahami pengurusan rekod murid,
pengendalian rekod murid serta mengetahui jenis dan faktor kesediaan belajar dan
cara untuk memotivasikan murid.Mengurus rekod murid bertujuan bagi memantapkan sistem
pengurusan murid sekolah seperti kad 001 pelajar, profil murid perlu sentiasa kemas,
dan menerangkan mengenai perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku
pelajar.Pengurusan murid dapat mempunyai maklumat yang lengkap mengenai murid
yang bermasalah, dapat menyelesaikan masalah murid serta dapat menyimpan buku rekod
maklumat murid.
Konsep
kesediaan pelajar terbahagi kepada kesediaan kognitif, kesediaan afektif, serta
kesediaan psikomotor.Faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar ialah pengalaman
serta kematangan.Pengalaman merupakan prinsip kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Faktor ini dapat membantu pelajar menguasai isi pelajaran.Faktor kematangan
pula menjelaskan kematangan dari segi mental, fizikal, emosi dan sosial.
Guru
juga hendaklah tahu bagaimana untuk memotivasikan pelajar dalam pembelajaran.Konsep
motivasi ialah tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri dan akan membangkitkan
pelajar untuk mencapai tujuan yang ingin dicapai pada akhirnya. Cara guru
meningkatkan motivasi pelajar ialah dengan menyediakan persekitaran pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif, menentukan sasaran dan taraf pencapaian akademik
yang perlu dicapai oleh pelajar dan melibatkan pelajar dalam semua aktiviti pembelajaran
di dalam atau di luar kelas. Seterusnya, mewujudkan pembelajaran yang koperatif
dan kolaboratif iaitu mewujudkan suasana menolong antara satu sama lain.
Kesimpulannya,
sekiranya guru mengetahui cara dalam pengurusan murid maka suasana pembelajaran
akan lebih menyeronokkan dan guru juga mengetahui cara pengendalian pelajarnya.
Bibliography
Lan, W. Y. (2015).
Perbandingan tahap minat, persepsi dan tahap pencapaian akademik d antara
murid Melayu dan Cina tingkatan empat terhadap pendidikan seni visual di zon
bangsar Kuala Lumpur. 1-164.
Saad, A. (n.d.). Sistem maklumat pengurusan dalam talian di sekolah
konteks Malaysia , 1-6.
No comments:
Post a Comment