BAB 14: PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN ABAD KE 21



















RUMUSAN

Pembelajatan Abad ke-21 ialah suatu transformasi dalam dunia pendidikan iaitu daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara konvensional seperti chalk and talk kepada kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pembelajaran yang relevan dan sesuai dengan perkembangan semasa. Dengan itu, semua guru perlu bersedia menerima segala perubahan dan dapat mengurus perubahan tersebut dengan cekap dan berkesan kerana guru merupakan "kumpulan pelaksana" yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan perubahan tersebut. Pada masa yang sama, guru perlu menyedari bahawa dunia pendidikan kini perlu seiring dengan perkembangan zaman agar tidak ketinggalan. Seiring dengan itu, kaedah PdPc perlu diubahsuai ke arah perkembangan teknologi siber dan berpusatkan murid agar menarik minat murid untuk menghayati mata pelajaran yang dipelajari sekaligus memantapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mereka.
Apabila disentuh pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc), guru berperanan sebagai perancang,pengawal,pembimbing,pendorong dan penilai untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan menghasilkan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Seterusnya, peranan murid pula adalah sebagai pembelajar aktif untuk menguasai kemahiran dan pengetahuan serta mengamalkan nilai positif. Maka, sesuailah sekiranya seorang guru mengamalkan Pembelajaran Abad ke-21 di dalam bilik darjah agar kriteria SKMPg2 tercapai sekaligus merealisasikan 6 aspirasi murid iaitu murid yang berpengetahuan, murid yang mempunyai kemahiran berfikir, murid yang mempunyai kemahiran untuk memimpin, murid yang mempunyai kemahiran dwibahasa, murid yang mempunyai etika dan kerohanian dan akhir sekali murid yang  memaparkan identiti nasional.
Dasar dan polisi sentiasa disemak serta pembaharuan pendidikan direncanakan dan dilaksanakan bertujuan untuk memantapkan proses dan pengendalian dalam PdPc di sekolah. Peranan guru dalam usaha melaksanakan dasar pendidikan negara dengan berkesan ke arah melahirkan modal insan kelas pertama yang berprestasi tinggi seiring dengan negara maju sememangnya tidak dapat dinafikan. Masyarakat memberi harapan yang besar kepada guru untuk mendidik serta mengembangkan potensi pelajar sejajar dengan matlamat pendidikan yang telah ditetapkan oleh KPM. Noraini (2010), guru dianggap mempunyai kompetensi tertentu untuk mengembangkan kemahiran, bakat, potensi dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bentuk. Selain itu, pencapaian murid sentiasa menjadi ukuran kepada keberhasilan proses pembelajaran yang dialami murid dalam bilik darjah. Hal ini kerana PdPc yang bermakna sangat membantu murid meningkatkan minat serta motivasi mereka untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Bagi mencapai aspirasi pendidikan negara, keberhasilan guru menjadi salah satu anjakan transformasi terkini. Menurut Zamri (2012), bentuk PdPc pada abad ke-21 masih tetap berpusatkan guru, akan tetapi guru memainkan peranan penting untuk melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran di sekolah. PdPc menerusi kemahiran abad ke-21 sangat membantu guru dan pelajar dalam usaha mencapai aspirasi pendidikan negara. Oleh itu, penerapan kemahiran abad ke-21 akan dapat membantu pelajar dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran globalisasi dengan lebih berkeyakinan dalam bidang pendidikan, malah dalam bidang kerjaya. Sikap, motivasi dan pencapaian sedikit sebanyak mampu mendorong pelajar untuk menguasai kemahiran abad ke-21 dengan lebih cepat dan mudah serta memberi kesan dalam jangka masa yang panjang merupakan satu hasil yang semestinya ditunggutunggu oleh negara dalam melahirkan masyarakat yang serba boleh dalam pelbagai bidang dan mampu berdaya saing dengan negara maju. Kajian berkaitan PdPc berasaskan kemahiran abad ke-21 dalam bidang pendidikan telah banyak dilakukan oleh pengkaji (Masyuniza 2015), namun kajian yang menyeluruh berkaitan sikap, motivasi, pencapaian dan kemahiran abad ke-21 dalam PdPc Bahasa Melayu tidak banyak dilakukan.
Cabaran yang pertama bagi para pendidik untuk menghubungkan jurang persepsi dan ilmu  antara  guru  dan pelajar  dalam  pengajaran  dan pembelajaran  .  Tidak  dinafikan bahawa  faktor  dunia  tanpa  sempadan  dan  ledakan  globalisasi  telah  memberikan  kesan yang signifikan dalam pembangunan warga negara serta keberkesanan pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia. Tempoh pendedahan yang tinggi terhadap media massa dan sosial memberikan  kesan  yang negatif  terhadap  pegangan  nilai-nilai akhlak  pelajar.  Kewujudan berbagai saluran  television,  radio dan ditambah pula jutaan laman web menjadi isu dalam pendidikan remaja  khususnya remaja-remaja  Muslim. Apa yang  jelas terdapat   hubungan yang  signifikan  antara  pendedahan media  masa  dan  sosial  dengan  perkembangan  sosio-psikologi remaja. Dalam konteks Malaysia, penggunaan media sosial dalam kalangan rakyat Malaysia  adalah  antara  yang  tertinggi  di dunia  dan  dijangka  akan  terus  meningkat  pada masa  akan  datang. Kemudahan jaringan  internet dan  penjualan  berbagai  alat  mudah alih tanpa  wayar  yang  murah  dan  mudah  didapati  menyebabkan  penggunaan  media  sosial dalam kalangan masyarakat semakin meningkat di negara ini.  
Cabaran seterusnya, Kewujudan  media  sosial  kini  merupakan  cabaran  baru  dalam  dunia  pendidikan kerana ianya telah digunakan secara amat meluas dalam generasi muda. Media sosial yang popular  seperti  Facebook,  Facebook  Messenger,  YouTube,  Instragram,  Whatsapp, Telegram, Wechat, Google+, Linkedin, Skype, Line telah digunakan secara meluas di negara ini. Penggunaan  media sosial  menjadi  semakin popular  di Malaysia   menjadi  satu budaya baru  dengan  kewujudan  alat  mudah  alih  tanpa  wayar  seperti  broadband,  Streamyx,  P1 Wimax  dan  Unifi  semakin  meluas  dikalangan  masyarakat  telah  berkembang  kepada peningkatan pengguna di negara ini. Hasil  daripada  perkembangan  dan  kemajuan  teknologi  dan  kemudahan  asas  yang sempurna, impak budaya media baru bukan sahaja dirasai oleh remaja di kawasan bandar sahaja,  malah  ianya  turut  melibatkan  cara  dan  budaya  golongan  remaja  di  kawasan  luar bandar  (Ab.  Halim  2015).


RUJUKAN




No comments:

Post a Comment