TOPIK 13: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN










RUMUSAN


Setiap bakal guru perlu lah membuat persediaan dari segala sudut sebelum melangkahke   alam   persekolahan.   Persediaan   yang   rapi   membolehkan   guru   menghadapi   segalakemungkinan yang akan berlaku ketika proses pembelajaran dijalankan. Pembelajaran akanberjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedahyang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guruperlu tahu untuk menyampaikan kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali. Guru perlu sentiasa mengubahsuai strategi mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajianatau penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran. Murid lebih tertarik kepada kaedah yang kemaskini dan menggunakan peralatanelektronik seperti komputer, internet, powerpoint, dan video. Walau bagaimanapun, guru yang bijak menggunakan gaya tingkah laku dan intonasisuara, bercerita, memek muka humor, akan tetap menarik minat pembelajaran dan muridmengikuti pengajaran secara efektif.
Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktivitipenglibatan   murid-murid  dalam   pengajaran.   Kemahiran   berkomunikasi   dan   interaksi   kependidikan   pelbagai   hala   guru-murid,   murid-murid,   dan   murid-guru   menjadi   teraskeberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid akan merasa pendapat dan kehadirannyadiperlukan serta dihargai. Murid-murid perlu mengenali di antara satu sama lain, saling berinterkasi dan menggunakan panggilan baik-baik. Semasa menyampaikan pengajaran guruseharusnya mempunyai pemikiran positif dan bersangka-suka terhadap murid agar ilmu yang disampaikan diterima dengan hati terbuka, ikhlas, telus, tulus, berminda ceria dan humur. Memandang terus dan telus terhadap individu murid dan melihatnya dengan penuh empati. Guru seharusnya berkemahiran mengemukakan pelbagai jenis soalan dengan tujuantertentu   berasaskan   konsep   penyoalan.   Di   antara   tujuan   penyoalan   ialah   mendapatkanmaklumat, menguji kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik perhatian, membayangkanjawapan, dan mengukuhkan pemahaman. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amatberkait rapat dengan pengurusan bilik darjah yang berdisiplin, susunan meja dan kerusi yangsuasana   belajar,   persekitaran   harmoni   keilmuan,   dan   keceriaan   wajah   ilmuan.   Lantaransedemikian akan membolehkan guru melaksanakan perancangan pengajaran dengan berkesan dan pencapaian pembelajaran maksimum.
 Bilik darjah merupakan medan peranan, tanggungjawab dan amanah seseorang gurudalam   melaksanakan   akauntabiliti   profesionnya.   Seseorang   guru   dikategorikan   sebagaiefektif apabila pengajaran yang disampaikan mendatangkan kesan positif di kalingan pelajar.Tahap efektif guru lazimnya dikaitkan dengan tahap pencapaian pelajar sama ada dalamperolehan   pengetahuan,   kemahiran,   pengalaman   dan   apresiasi.   Semua   ini   menjadi   keyperformance   index   terhadap   keterampilan   guru   dan   guru   efektif.   Guru   berkebolehanmenjangkau   perlakuan   yang   akan   berlaku   semasa   pengajaran,   berjenaka   deduktif,   dan menggunakan kehadirannya dalam bilik darjah dengan terbaik dan sepenuh kebaikan.
Alam belajar dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu Aspek Fizikal, Aspek Psikososial, dan Aspek Komuniti Pembelajaran. Komuniti pembelajaran boleh diertikan sebagai kumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara koperatif, dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi sama serta saling membantu dalam proses belajar. Pengalaman belajar dalam bentuk kokmuniti pembelajaran merupakan satu pengalaman pembelajaran yang bermakna, wajar dan semula jadi. Komuniti pembelajaran membina kesedaran bekerjasama, memudahkan proses mengingat dan memberikan rasa berjaya. Pembelajaran dalam bentuk komuniti pembelajaran sesuai dengan cara semula jadi manusia belajar dan sesuai juga dengan keadaan sebenar dunia. komuniti pembelajaran juga boleh dirujuk kepada perentasan kurikulum yang dipelajari secara hubungkait atau bersepadu, bukannya secara terpisah. Sekolah atau bilik darjah sebagai satu komuniti pembelajaran boleh disamakan dengan satu keluarga yang rapat, satu bentuk kejiranan yang sepakat atau satu kumpulan yang jelekit dalam aspek hubungan sesama ahli, semangat kekitaan, saling menghormati, saling membantu serta menyokong. Komuniti pembelajaran merupakan sekumpulan manusia yang berkongsi nilai dan kepercayaan dan secara aktif belajar bersama-sama serta saling belajar daripada individu lain.
Aspek Psikologi dan hubungan sosial kanak-kanak juga besar pengaruhnya ke atas pembelajaran kanak-kanak. Anak-anak yang membesar dalam keluarga yang mesra dan penuh kasih sayang, mendapat perhatian dan layanan yang baik akan berkembang dengan lebih positif. Perasaan selamat, diterima, dihargai dan seumpanya menjadikan individu berkeupayaan belajar dengan berkesan. Persekitaran sekolah dan bilik darjah yang mengutamakan hubungan, layanan, pemenuhan keperluan dan perkongsian dalam pelbagai aspek akan membentuk persekitaran pembelajaran merangsangkan. Persekitaran bilik darjah dalam aspek Psikososial lebih dikenali sebagai iklim bilik darjah. Iklim bilik darjah yang sihat mengamalkan hubungan sesama murid, hubungan guru dengan murid, semangat bekerjasama, tolong-menolong, toleransi, berbaik sangka, penerimaan, penghargaan dan rasa selamat. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan iklim bilik darjah yang sihat. Kepimpinan dan keupayaan guru untuk menguruskan hbungan dalam bilik darjah, penyediaan rutin bilik darjah, pelaksanaan peraturan bilik darjah secara adil serta bahasa dan bentuk komunikasi dan interaksi yang diamalkan membawa kepada pewujudan persekitaran psikososial yang membantu pembelajaran.
            Persekitaran fizikal bilik darjah dan sekolah boleh dirujuk kepada lokasi sekolah, kemudahan dan kelengkapan sekolah serta bilik darjah, bahan bantu belajar, susun atur meja kerusi, paparan termasuk pengudaraan, kedudukan bilik darjah dan yang seumpanya. Bilik darjah yang terletak dekat dengan bilik guru akan memberi pengaruh yang berbeza berbanding bilik darjah yang tersorok kedudukannya. Susun atur meja dan kerusi dalam bilik darjah juga akam memberi pengaruh yang berbeza. Jadi, persekitaran fizikal yang terancang dan selamat memberikan perngaruh yang optimum kepada pembelajaran kanak-kanak.


RUJUKAN





No comments:

Post a Comment