TOPIK 11: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA




RUMUSAN

Dalam topik ini pengurusan murid merupakan satu agenda penting dalam sebuah
institusi   pendidikan. Pengurusan   murid   yang   efektif   mampu   memberikan   impak   yang mendalam terhadap personaliti murid seperti tingkah laku, kemahiran berfikir, kecerdasan kognitif, intrapersonal dan interpersonal. Kaedah pemulihan dan pengayaan diguna pakai bergantung kepada masalah seseorang murid itu.
           
            Pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid – murid yang mengalami kesukaran  dalam menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Tujuannya adalah untuk membaiki kelemahan pelajar dalam pembelajaran. Matlamat utama adalah untuk membantu pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dalam menguasai kemahiran tertentu, membetulkan sikap negatif pelajar serta mengembangkan keyakinan diri pelajar dan sikap positif pelajar dalam pembelajaran.

Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas dalam pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Program pengayaan merupakan satu program yang bertujuan memenuhi keperluan pelajar-pelajar khas atau berlainan upaya. Program pengayaan merupakan satu kaedah pembelajaran yang memerlukan tahap pemikiran yang agak tinggi serta memerlukan kreativiti dalam sesuatu subjek dan memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka sesuatu dengan lebih mendalam.

Kecerdasan murid dapat dipertingkatkan melalui peluang pendidikan seperti menyediakan persekitaran   banyak   dengan   bahan   dan   aktiviti   yang   menyeronokkan. Terdapat sebanyak 9 jenis kecerdasan pelbagai antaranya ialah verbal (linguistik), logik (matematik), visual (ruang), kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan yang terkini ialah spiritual. Orang yang lebih berkemahiran dalam bidang linguistik selalunya adalah mereka yang gemar menulis dan membaca. Orang yang lebih berkemahiran dalam menggunakan logik pula seringkali dikaitkan dengan matapelajaran atau sesuatu yang berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan pengiraan seperti matematik. Ruang disini bermaksud dari segi visual dimana orang yang berkelebihan dalam bidang ini selalunya merupakan seorang yang artistik dan mampu menggambarkan perasaan mereka melalui lukisan atau dalam sesuatu rupa bentuk layak seorang pelukis misalnya. Golongan kinestik pula lebih mahir dalam mengawal dan membentuk pergerakan mereka seperti penari. Golongan pemikiran adalah lebih tertumpu kepada muzik kerana mereka mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi terhadap bunyi dan mampu menghasilkan muzik dengan baik. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal mampu menjadi penasihat kepada orang lain. Mereka juga merupakan seorang pendengar yang baik. Orang yang mempunyai kecerdasan intrapersonal pula lebih memilih untuk bersendirian berbanding berada dalam satu-satu kelompok manusia dan berkomunikasi antara satu sama lain. Akhir sekali golongan spiritual yang mana mereka mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu yang sangat jarang dimiliki oleh orang lain seperti mengetahui perkara-perkara mistik dan berunsurkan ‘dalaman’ atau batin.

Murid berkeperluan khas boleh ditakrifkan sebagai golongan murid istimewa yang kurang berupaya (disabled), murid pintar cerdas (gifted), murid berisiko (at risk) dan murid bermasalah dari segi pembelajaran dan tingkah laku. Mereka inilah yang ditempatkan dibawah program pendidikan khas. Guru-guru yang mengajar para pelajar ini juga akan dipastikan terlatih dan mampu menangani isu yang mungkin timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Kesimpulannya, pelajar yang pelbagai upaya harus diberi tumpuan yang tinggi selain daripada memberikan perhatian yang secukupnya.  guru-guru hendaklah memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal emosi pelajar pelbagai upaya. Seorang guru juga perlu memiliki tahap kesabaran yang sangat tinggi untuk mendidik pelajar.

RUJUKAN




No comments:

Post a Comment