RUMUSAN
Pengurusan didefinisikan
sebagai satu proses sosial yang dibentuk
dan disusun bagi mewujudkan kerjasama antara ahli – ahli dalam
organisasi untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Menurut kamus dewan, penasihatan
ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, meyusulkan, mengesyorkan ataupun
menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Manakala murid pula merujuk
kepada anak orang atau anak yang sedang belajar atau berguru. Penasihatan murid
berkait rapat dengan kaunseling. Menurut Davis (1981) kaunseling merupakan
perbincangan mengenai masalah, biasanya berbentuk emosional antara kaunselor
dengan klien agar klien dapat menyelesaikan masalahnya dengan lebih baik.
Konsep
pengurusan penasihatan murid terbahagi kepada tiga iaitu bimbingan,
penasihatan dan juga monitoring. Bimbingan
merupakan proses membantu individu
membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Penasihatan
merupakan strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu
yang terlibat. Manakala monitoring adalah proses memberi bimbingan, sokongan
dan bantuan secara professional dalam menghadapi krisis hidup dan pembangunan
diri individu. Proses ini melibatkan mentor dan mentee.
Terdapat
beberapa prinsip penasihatan pelajar. Antaranya ialah tangungjawab bersama. Tanggung jawab bersama merupakan tanggungjawab bersama sama ada antara
pembimbing dengan murid ataupun pembimbing dengan ibu bapa. Selain itu, kaunselor
yang bertauliah. Kaunselor bertauliah lebih arif mengenai cara pengendalian dan
penyelesaian masalah – masalah yang dihadapi remaja. Peluang perkhidmatan juga
merupakan salah satu prinsip penasihatan murid. Peluang perkhidmatan tanpa
mengira kaum, status, latar belakang, agama dab juga kepercayaan pelajar. Akhir
sekali merancang tindakan susulan. Prinsip ini memastikan masalah yang diatasi
dan dibendung dengan sebaik mungkin dan berkesan.
Kesan
sekiranya sekolah tidak melaksanakan pengurusan penasihatan murid ialah
berlakunya masalah disiplin dan
kemerosotan dari segi akademik di sekolah. Selain itu, ia dapat mewujudkan bertambahlah
masyarakat yang tidak bermoral, gejala yang tidak sihat berleluasa dan negara
yang tidak maju kerana masa yang dihabiskan oleh pelajar di sekolah tidak
membantu mereka untuk mengubah masalah disiplin mereka ataupun membantu mereka
untuk lebih berjaya dalam pelajaran dan dunia luar juga. Sekiranya tiada
penasihatan murid dan aktiviti tidak berfaedah banyak dijalankan di sekolah
tanpa dihiraukan oleh guru, secara tidak langsung sekolah tersebut akan
dipandang serong oleh masyarakat di sekitarnya.
Kesimpulannya,
penasihatan bertujuan untuk membantu pelajar memahami diri supaya dapat menjadi
orang yang mampu mengarah diri sendiri. Di samping itu, bantuan daripada kaunselor
dan guru juga amat penting kerana di sekolah pelajar banyak mengambil tindakan
yang menentukan masa depan mereka. Bukan ini sahaja, suasana pembelajaran
sekolah boleh meninggalkan kesan secara positif apabila semua pihak termasuk
guru, kaunselor, pentadbir dan pelajar bekerjasama. Apa yang penting adalah
setiap guru menghayati etika-etika sebagai pembimbing dan penasihat di dalam
melaksanakan tugas mereka sepenuhnya sebagai seorang pendidik.
No comments:
Post a Comment