RUMUSAN
Kepimpinan merupakan keupayaan untuk
memimpin yang merangkumi kebolehan, pencapaian, dan kejayaan
pemimpin.Kepimpinan juga melibatkan suatu bentuk interaksi antara pemimpin dan
orang yang dipimpin.Kepimpinan dan organisasi di sekolah dipengaruhi oleh gaya kepimpinan,
organisasi sekolah dan kepimpinan di peringkat sekolah serta kepimpinan guru.
Gaya kepimpinan terbagai kepada gaya
kepimpinan autokratik, demokratik, laissez-faire, dankontigensi. Gaya
kepimpinan demokratik ialah gaya kepimpinan yang sememangnya digunakan oleh
setiap pemimpin di sekolah kerana gaya kepimpinan ini memiliki ciri yang lebih
liberal, menerima pendapat orang lain dan segala keputusan dicapai bersama.
Gaya kepimpinan ini menunjukkan pemimpin melahirkan suatu hubungan yang baik
diantara pemimpin sekolah dan guru-guru. Gaya kepimpinan autokratik pula
merupakan gaya kepimpinan yang tidak seharusnya diterapkan dalam kepimpinan
sekolah kerana memiliki bentuk hubungan sehala antara pemimpin dan yang
dipimpin. Perkara ini telah memberikan ketidakselesaan kepada orang yang
dipimpin dalam mereka melaksanakan tugas mereka. Gaya kepimpinan kontigensi
ialah gaya kepimpinan yang disesuaikan mengikut keperluan dan gaya kepimpinan
laissez-faire pula lebih kepada memberikan kebebasan kepada orang yang
dipimpin.
Setiap sekolah memiliki struktur
organisasi yang mana setiap struktur tersebut memiliki bidang tugas
masing-masing.Kepimpinan peringkat sekolah pula menunjukkan bahawa pemimpin
sekolah ialah pengetua yang bertanggungjawab dalam merancang dan menyelia
pengurusan kurikulum.Kemudian, dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Penolong Kanan Ko-Kurikulumdan Guru kanan
bidang serta guru-guru di sekolah. Setiap barisan kepimpinan sekolah ini
memiliki tugas-tugas yang telah ditetapkan.
Haris dan Muijs (2005) menyatakan bahawa
terdapat dua konsep utama dalam membentuk ciri-ciri kepimpinan guru antaranya
ialah guru tidak hanya bertanggungjawab dan memainkan peranannya hanya dalam
batasan ruang lingkup bilik darjah tetapi juga berperanan membimbingp elajar ke
arah matlamat yang hendak mereka capai.Guru juga hendaklah memimpin dan
membantu plajar untuk membuat keputusan, memperkasakan kecerdasan emosi pelajar
dan sentiasa mengamalkan komunikasi yang berkesan dengan pelajar.
Secara kesimpulannya, dalamse buah
struktur organisasi sekolah, kepimpinan pada peringkat sekolah dan kepimpinan
guru hendaklah sentiasa dilaksanakan dengan berkesan dengan mengamalkan gaya
kepimpinan yang sesuai iaitu gaya kepimpinan demokratik.
Bibliography
Dr. Norasmah Othaman, K. M. (17 september).
kepimpinan pendidikan dan pengurusan pendidikan. cabaran kepada guru dan
pengetua .
Somasundaram, a.
(2016). kepimpinan beretika guru besa, kesejahteraan ogaranisasi dan
pengupayaan guru di sekolah jenis kebangsaan Tamil. 191.
No comments:
Post a Comment