RUMUSAN
Topik ini menjelaskan mengenai kajian
pengurusan dan pembelajaran iaitu mengenai kepentingan pengurusan dan
pembelajaran, konsep mengurus pembelajaran, perspektif multi disiplin,
pengurusan pembelajaran dan kajian-kajian pengurusan pembelajaran.
Kepentingan pengurusan dan pembelajaran
ialah pengurusan dapat menambah ilmu pengetahuan seseorang, meningkatkan mutu
amalan kerja guru, menjadikan pengurusan lebih cekap dan menambahkan
produktiviti.Pengurusan boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang teratur dan
sistematik bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan
tentang sesuatu masalah atau yang sudah dikenalpasti.Kaedah pengurusan
pembelajaran selalunya menggunakan pendekatan dan kaedah pengurusan yang
berpusatkan pelajar, bahan, dan guru.Seterusnya pendekatan kaedah kursus serta
konsep guru dan professional.
Perspektif multi disiplin pula
menunjukkan bagaimana guru mengatur pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan pelajar mudah memahami sesuatu topik yang
disampaikan. Guru juga hendaklah mengetahui kajian-kajian dalam pengurusan
pembelajaran seperti kaedah pembelajaran semasa, teknik pengajaran yang sesuai
dengan keadaan semasa, isu-isu dan perubahan system pembelajaran kini,
pengunaan buku teks serta perbandingan sosiologi murid zaman kini.
RUJUKAN
No comments:
Post a Comment