TOPIK 12: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN







RUMUSAN

Sudah menjadi fitrah setiap manusia yang cinta akan sesuatu yang cantik, bersih danceria. Begitulah juga dengan pelajar-pelajar sekolah yang memerlukan persekitaran sekolahyang baik bagi merangsang pembentukan jiwa yang tenang dan aman dalam menimba ilmupengetahuan. Jadi tidak hairanlah mengapa pihak pengurusan sekolah amat menekankanaspek iklim dan persekitaran sekolah yang baik. Mana mungkin pelajar dapat belajar dengantenteram sekiranya persekitaran sekolahnya kucar kacir, kotor, berbau dan bising.
Sekolah bermaksud tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah juga sering dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu untuk mendidik anak. Pada mulanya fungsi sekolah itu terbatas pada beberapa kecekapan (membaca, menulis dan berhitung), tetapi kerana kemajuan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi menyebabkan sekolah lebih canggih dan sekolah dapat memberikan pendidikan yang seiring dengan perkembangan masyarakat.
Persekitaran membawa maksud kawasan disekeliling suatu tempat. Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah. Persekitaran fizikal di sekolah merujuk kepada kemudahan dan peralatan yang dibekalkan di sekolah. Contohnya reka bentuk bilik darjah (pencahayaan dan pengudaraan), kebersihan bilik darjah dan sekeliling sekolah, susunan perabot, papan tulis, sumber bahan pembelajaran, bilik air, perpustakaan dan sebagainya. Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Pada kebiasaanya, sebuah sekolah yang iklimnya dianggap positif mempunyai ciri-ciri fizikal sekolah yang bersih dan menarik, hubungan sosial yang baik antara semua warga sekolah serta suasana kerja yang produktif. Manakala iklim negatif atau tertutup lazimnyamempunyai keadaan sekolah yang kucar-kacir, kurang selamat, tidak tenteram dan teratur,malah sering menghadapi konflik dan masalah disiplin. Pada amnya, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang penting terhadap pembentukan tingkah laku, imej mental, aspirasi dan interaksi sosial bagi anggota-anggota di dalamnya (Abdullah Sani bin Yahya, 2014).  Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sekolah yang berpencapaiaan tinggi mempunyai tahap keceriaan yang lebih baik berbanding sekolah yang persekitarannya kurang ceria. Oleh hal yang demikian, suasana dan iklim sekolah adalah amat penting dalam membantu pelajar untuk belajar dengan tenteram dan selesa. Selain itu, apabila kawasan persekitaran sekolah yang cantik dan ceria, pelajar tidakakan jemu untuk hadir ke sekolah lagi kerana merasa bahagia berada di kawasan sekolah. Hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar malahmasalah disiplin pelajar dapat dikurangkan kerana emosi pelajar tidak terganggu. Dalam masa yang sama, sesebuah sekolah yang cantik dan menarik pasti akan mendapat pujian daripada pelbagai pihak terutamanya ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Mereka akan bertambah yakin dengan pihak pentadbiran sekolah yang mampu mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi membantu proses pembelajaran anak-anak mereka.Tetapi   tidak   dinafikan   terdapat   halangan-halangan   tertentu   dalam   merealisasikan hasrat   tersebut.  
Salah   satu   halangan   terhadap   melaksanakan   sesuatu   projek   keceriaanbiasanya timbul daripada masalah kewangan. Dalam hal ini, semua pihak patut bekerjasama termasuklah, pengetua, guru-guru, staf-staf sekolah, para pelajar dan pihak Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG).  Pihak sekolah perlu berusaha mencari penaja, pelajar pula bolehmenjalankan kutipan derma melalui program-program tertentu, guru-guru pula membantupara pelajar menjalankan program-program amal. Sekiranya iklim dan persekitaran sekolahdalam   keadaan   yang   bersih   dan   ceria,   sudah   pasti   motivasi   dan   prestasi   pelajar   dapatditingkatkan ke tahap yang optimum seterusnya mewujudkan budaya sekolah yang positif.
            Persekitaran sekolah boleh ditakrifkan sebagai set ciri dalaman yang membezakan satu sekolah dengan sekolah lain, dan mempengaruhi tingkah laku ahli-ahlinya, iaitu kakitangan dan pelajar. Persekitaran sekolah adalah lebih luas dan tidak terhad kepada bilik darjah. Iklim bilik darjah terbatas kepada hubungan antara pelajar dan pelajar dan antara pelajar dan guru dalam sempadan bilik. Jarzabkowski (2012) menyatakan bahawa persekitaran sekolah bermakna semua keadaan, sumber dan aktiviti saling bersepadu secara langsung atau tidak langsung yang memberi kesan kepada fungsi sekolah. Persekitaran sekolah merujuk kepada persekitaran fizikal dan iklim psikososial boleh menetapkan peringkat persepsi positif guru dan pelajar terhadap sekolah.
            Odogwu et al. (2011) Menyatakan bahawa persekitaran sekolah sebagai persekitaran sosial (hubungan guru-pelajar, hubungan dengan guruguru lain dan pengetua sekolah), persekitaran afektif (kesejawatan, kesaksamaan gender, rasa keberkesanan guru dan kebebasan kakitangan) dan persekitaran akademik (pembangunan profesional guru, sumber dan peralatan serta tekanan kerja). Tableman (2014) telah mengenal pasti empat aspek persekitaran sekolah, iaitu persekitaran fizikal yang mesra dan kondusif untuk pembelajaran, persekitaran sosial yang menggalakkan komunikasi dan interaksi, persekitaran yang berkesan yang menggalakkan rasa kekitaan dan harga diri, dan persekitaran akademik yang menggalakkan pembelajaran dan memenuhi diri.


RUJUKAN




No comments:

Post a Comment